Thursday, August 12, 2010

::untukmu SAHABAT::

  ::sory L aku curi menda ni dari ko...tp amat bermakne tuk aku..::

 ~BuanG YanG KeruH, AmiK YanG JerniH~


wahai sahabat
kita hidup dalam serumpun
sebangsa
seagama
mengapa harus begini jadinya
haruskah masing2 bermasam muka?
haruskah bersikap buruk sangka
sedangkan kita semua adalah sama
hanya hamba yang menumpang hidup
di dunia yang dipinjam sementara

wahai sahabat
perlukah kita berterusan begini?
salaing benci-membenci
menyalahkan antara
satu sama lain
hanya kerana
perkara yang kecil?
kita adalah orang dewasa
mempunyai akal fikiran yang
matang dan bijaksana
tak perlulah ada sengketa
kerana buruk padahnya
di hari muka

wahai sahabat
ingat kah dikau di satu ketika dahulu
kau genggam erat tanganku
seiring sejalan kita berpadu
menuju ke destinasi yang satu
tapi kini
mengapa kita saling membenci
saling menuding jari
di atas salah faham yang kecil
yang tak seharusnya menjadi
api didalam persahabatan
yang suci ini

wahai sahabat
salahkah jika dia hadir antara kita?
salahkah untuk ku bersahabat dengannya?
sahabatmu sahabatku jua
bukankah kita saling berkongsi rahsia
dan juga berkongsi suka dan duka
mengapa pula
hanya kerana dia
kita bermusuhan sesama kita?

wahai sahabat
sebagai sahabat
ku ingin mengingatkan mu
kita di dunia
hanyalah sementara
jika dia ditakdirkan untuk mu
ku tumpang gembira
jika dia bukan untukmu
juga bukan untukku
maka lupakanlah dia
yang cuma persinggahan di antara kita

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...