Monday, September 10, 2012

pesakit

menjadi seorang pesakit,tidak oernah ada dalam kamus hidup saya.tapi,itulah reality yang saya terima.jikalau diatanya kepada 1000 orang sekali pun, 'SAKIT ATAU TAK,MANA SATU PILIHAN ANDA?' .kemungkinan besar,hanya 1 orang yang akan berkata SAKIT dan 999 lagi akan berakata TIDAK.ini kerana,hanya seorang sahaja yang telah berputus asa dalam hidup dan tidak mahu lagi meneruskan kehidupan sebagai hamba ALLAH di atas muka bumi ini.

50-50..
satu angka yang tidak dapat memberi kepastian sama ada masih ada ruang lagi untuk kita menjadi hambaNYA di atas muka bumi ini.tetapi,kita sebenarnya beruntung kerana masih lagi diberi pilihan walaupun hanya 50.pada saya,50 sekadar angka.usaha,doa dan kemudian tawakkal.ALLAH menguji setiap hambaNYA dengan pelbagai ujian.sama ada kita sedar atau tidak,hanya kita sendiri mengerti.

bergelar seorang pesakit,bukan sesuatu yang mudah.hati banyak pihak yang kene dijaga.hati ibu,bapa,keluarga,kawan-kawan serta orang-orang sekeliling kita.kenapa perlu kita melihat tangisan mereka disebabkan penyakit yang kita alami.lebih elok rasanya,kita buat mereka gembira dan bahagia di akhir-akhir hayat kita.

ALLAH masih memberi kita ruang untuk kita bertaubat.betapa ubtungnya kita mendapat hidayah ALLAH seperti itu.ALLAH memberi kita masa untuk kita meminta maaf dan bertaubat atas semua kesilapan yang kita pernah lakukan di muka bumi ini.alangkah bahagianya sekiranya kita pergi dengan mendapat kerahmatan daripadaNYA.

jangan pernah berputus asa.perjalanan kita sebagai hambaNYA masih lagi berjalan sehingga menutup mata.bukan mudah.mencari hidayah ALLAH adalah sesuatu yang elok daripada menunggu hidayah ALLAH kerna ianya tidak akan datang sendiri.

buat apa kita hanya mengharapkan simpati orang lain.biarlah kita simpan.biarlah hanya keluarga dan sahabat handai terdekat sahaja yang mengetahui.

bayangkan.seseorang yang anda kenali.anda hanya dapat memberitahu, "kemungkinan besar 50-59"..dan jawapan beliau..

"ooo..prepare la apa yang patut"

mungkin tidak sama.tapi itulah hakikat.seseorang seperti itu seperri menghancurkan harapan kita untuk berdiri di atas 2 kaki sendiri.seperti mendoakan yang kita tak akan lama..saya yakin,mana-mana pesakit pun akan menjadi lebih sakit apabila statement seperti ini keluar.dan yang paling menyakitkan.ianya keluar dari mulut seseorang yang kita benar-benar sayangkannya.

pesakit tidak pernah inginkan simpati.pesakit hanya ingin sihat dan boleh berlari serta berjalan seperti manusia normal yang lain.bukan mudah untuk semua itu.pesakit perlu jalani rawatan untuk sihat.inilah yang dinamakn usaha.islam mengajar kita supaya berusaha.

pesakit hanya inginkan kebahagiaan sekiranya inilah akhir hayat mereka.sampaikan segala-gala yang penting,hanya seseorang yang mereka percayai sahaja yang pesakit sanggup kongsikan.

cukup dulu di sini.insyaAllah
.sekiranya ada masa lagi..saya akan menulis..btw,tomorrow is the day..pray 4 that pesakit..

nota: password fb,twitter & etc diserahkan kepada kawan tersayang..jaga amanah ini baik-baik..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...