Friday, October 25, 2013
aman ke??
Malaysia semakin lama semakin aku dapat rasakan ketakutan apabila duduk di negara sendiri. Kenapa??
Semalam..aku yakin rata-rata memang akan terdengar,tertahu,terbaca tentang kisah pegawai bank mati ditembak semasa nak ambil duit dekat bilik besi oleh pengawal keselamatan. lepas tu,petang tengah syok duduk-duduk kat ofis,datang lagi satu berita tentang seorang 'supplier' rokok bunuh 4 orang dalam satu masa..how come???
kenapa semua ni berlaku dekat negara yang dikatakan aman??
disebabkan seorang pengawal keselamatan, semua pengawal keselamatan lain dikecam hebat. dan pada saat itu lah polis akan mulakan siasatan tentang 'company' pengawal keselamatan tu dr A hingga Z..aku tahu kerja polis sangat banyak sebab aku ni pun merupakan bekas anggota KOR SUKSIS time kat uni dulu..
apa salahnya 'time' diorang nak buka 'company' tu, pohon lah siasat dulu..bukan ape..sekarang ni baru nak ambil tindakan..kesian kat pak guard,mak guard yang tak salah nak cari rezeki..terpakse berhenti kerja buat sementara waktu.
yang nak bunuh orang ikut dan jek tu..ingat manusia ni macam ayam..ayam nak mati kene sembelih pun banyak prosedur bukan suka-suka.ni bunuh orang pakai pisau rainbow jek..perghh..mmg mantap la aku cakap..hebat sangat orang cmtu..pohon mana2 supplier yg nak hantar rokok ke ape..check dulu sama ada mereka punyai senjata-senjata yang berbahaya..look??tak pasal-pasal driver van,pemandu toyota prius mati di tempat kejadian..
kini,aku yang berulang alik pergi dan balik kerja ni..nekad..kalau ade orang yang melanggar kereta aku..atau pun menghentam kereta aku..aku takkan turun..tapi aku akan terus drive ke balai polis berdekatan..just ingat number plate beliau jek.. (harapnya tak berlaku)
so,berhati-hati lah wahai rakyat malaysia..semoga tiada lagi kejadian sebegini berlaku lagi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment