Sunday, December 16, 2012

solat jemaah



aku tertarik untuk menulis entry tetang solat jemaah..mungkin ada beberapa perkataan yang aku amek dari google..banyak kelebihan solat jemaah...

Daripada  Abu Hurairah RA katanya: “Nabi SAW bersabda : “Pahala sembahyang jemaah bagi seseorang lebih daripada sembahyang bersendirian, sama ada di tempat kerjanya (di pasar) atau di rumahnya dengan gandaan dua puluh lima darjat. Kerana orang yang telah menyempurnakan wuduk kemudian pergi ke masjid dengan tujuan untuk bersembahyang semata-mata, maka setiap langkah perjalanannya itu diberi satu darjat (pahala) dan dihapuskan satu dosa sehingga dia masuk ke dalam masjid. Dan apabila dia berada di dalam masjid dia dianggap seperti orang yang bersembahyang selagi dia menunggu untuk berjemaah. Dan para malaikat mendoakan untuk seseorang selagi dia berada di tempat sembahyangnya dengan doa : Ya Allah ya Tuhanku, rahmatilah dia, ampunilah dia, terimalah taubatnya selama dia tidak menyakiti, dan tidak berhadas di tempat itu.”

alhamdulillah..tadi baru je selesai solat jemaah..apabila disuarakan mengenainya..dan kami,bersolat bersama..dengan rasa rendah diri dan apabila diminta,aku menjadi imam kepada rakan2ku untuk solat maghrib berjemaah bersama..ya Allah..rindunya....

rindu kenapa??

sepanjang hidup aku dari kecil hinggalah sekarang...sebelum aku melangkah keluar rumah untuk belajar ke matrikulasi..kehidupan aku sentiasa berada di rumah..tidak pernah sekali aku merasa untuk tinggal di asrama..

aku rindu untuk solat berjemaah bersama2 dengan ayah,mak dan semua..ayah selalu menjadi imam kepada kami semua..setiap kali solat maghrib dan isyak,kami bersama2 berjemaah...subuh,zohor dan asar ayanh kene bertugas...itu pun kalau ayah tiada tugasnya di masjid..bila turn ayah bertugas jadi bilal,kalau ada abg aie,abg aie yang akan imamkan kan aku dan mak..tapi kalau abg aie takde..yang lain tak balik..aku menjadi imam untuk mak..rindu!!!

pada awalnya aku takut..aku bukan sempurna untuk menjadi imam kepada makmum perempuan..aku hanya manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan dosa..ya,aku sangat takut pada awalnya...aku takut aku gagal menjadi imam...tapi,dengan keyakinan yang ada...alhamdulillah..setiap kali pulang ke rumah,aku yakin untuk menjadi imam...terima kasih ya Allah...

ayah mendidik kami adik beradik supaya solat di awal waktu..setiap kali masuk jek waktu,ayah akan bising suruh kami bergegas amek air sembahyang dan dolat bersama..waktu kecil dulu ayah sering ingatkan..tapi sekarang,ayah dah yakin yang anak2 dia dah besar dan boleh berfikir sendiri..ayah dah tak ingatkan..tapi kami adik beradik semua paham..sampai lah sekarang...bila azan jek..aku akan bergegas ke bilik air..

teringat satu ketika dahulu...aku balik lambat sebab keluar degn kawan2..time tu hampir pukul 6 petang..balik rumah mak tanya dah solat belum...aku pun jawab belum.aku tak tipu..mak terus marah dan ngadu kata ayah...lepas tu aku terus g solat..lepas solat maghrib dgn ayah,ayah pun pesan...

"kalau adeq nak apa2 mesti adeq nak cepat kan..jadi..Allah pun tak suka kalau hambanya lengahkan solat"

ayah tak marah..dan hingga kini..aku pegang kata2 ayah...

cuma.......

hanya satu benda lagi smpai sekarang aku tewas...selepas solat subuh...adoyai!time tu lah paling best untuk tidur balik..mak berkali2 pesan..

"tidur lepas subuh tak elok..rezeki lambat masuk"

failed betul kalau kat hostel ni la..kalau kat umah,sedar diri lah..pasal akan ada yang akan menjerit dari bawah suh bangun (almaklumlah,rumah 2 tingkat)..tak kasi tidur pas subuh..kat sini,tak dengar suara ajaib..mmg tidur balik lah..lagi la kalau kelas start kol 10...memang liat bebenar la gamaknya...

ish2..camne nak jadi bini orang gini..hehe..insyaAllah..akan dicuba untuk berubah....*nak pasang ringtone suara ajaib lah..rekod suara mak...hehe...

p/s: jadikan ianya rutin harian..bila sekali tak buat,akan ada rasa lain dalam hati....


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...